Ahli-ahli yang hadir:
- Ayus
- Jijy
- Haz
- Imad
- Shabs
- Fei Yi
- Yuzin
- Faiz
Perkara-perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat:
PERLANTIKAN PRESIDEN
- Satu pilihanraya akan diadakan untuk melantik Presiden NIOPP.
- Proses pemilihan adalah dengan menggunakan laman blog ini sebagai tempat pengundian.
- Ahli-ahli berhak mengundi sebanyak mungkin dengan merujuk kepada konsep "Kawan Makan Kawan", dan ahli yang mendapat undi tertinggi selepas undian ditutup akan menjadi Presiden NIOPP.
- Calon-calonnya tidak lain dan tidak bukan, ahli-ahli NIOPP sendiri iaitu Ayus, Dhud, Haz, Faiz, Jijy, Shabs dan Yuzin.
- Calon yang dipilih menjadi Presiden akan mengekalkan jawatan tersebut selama 6 bulan.
- Presiden wajib merancang 1 aktiviti Reunion dalam tempoh penggal pemerintahan.
- Aktiviti Reunion tertakluk kepada kemampuan Presiden dan persetujuan semua ahli NIOPP.
- Calon yang telah menjadi Presiden untuk penggal sebelumnya tidak akan menjadi Presiden untuk penggal yang akan datang sehinggalah lengkap 1 putaran perlantikan Presiden iaitu semua ahli NIOPP telah pun menjadi Presiden bagi penggal sebelumnya.
- Dalam tempoh sebulan sebelum pemerintahan Presiden berakhir, pilihanraya baru akan diadakan bagi membolehkan Presiden baru dipilih.
- Aktiviti wajib NIOPP adalah tertakluk kepada Presiden.
- Aktiviti minor adalah berdasarkan kepada Alhi NIOPP secara individual.
- Ketidakhadiran aktiviti Reunion NIOPP hendaklah dimaklumakan seminggu sebelum tarikh aktiviti, kecuali kes-kes kecemasan yang tidak dapat dielakkan.
- Ini adalah untuk memudahkan perancangan semula aktiviti dan perbelanjaan keseluruhan aktiviti yang bakal diadakan nanti.
- Pendapatan NIOPP adalah mengikut budi bicara Presiden dan persetujuan ahli NIOPP yang lain - sama ada berlaku pengutipan yuran atau tidak.
- Fei Yi dilantik sebagai Bendahari NIOPP disebabkan semua ahli NIOPP tidak boleh dipercayai.
- Pilihanraya telahpun bermula pada malam ini dan undian akan ditutup pada 28 Februari 2009, jam 11:59 malam.
- Jawatan Presiden akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2009 jam 12:30 malam sehingga 31 Ogos 2009, jam 11:59 malam.
- Pilihanraya kedua bagi melantik Presiden NIOPP yang baru bagi penggal pemerintahan seterusnya akan diadakan pada 1 Ogos 2009, jam 12:00 malam dan akan ditutup pada 31 Ogos 2009, jam 11:59 malam.