Thursday, June 18, 2009

Majalah NIOPP #2

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untuk perhatian semua ahli NIOPP, buletin/majalah bulanan NIOPP, N!OPPazine bulan April 2009 telah pun siap dan boleh dimuat-turun dengan mengklik pada gambar di bawah. Enjoy!


P/s: Atas sebab yang tidak dapat diduga, krew penerbitan majalah NIOPPazine telah terkandas di kawasan yang tidak mempunyai capaian Internet. Oleh yang demikian, kerja-kerja penerbitan majalah juga terhenti seketika.

Tuesday, March 31, 2009

Majalah NIOPP #1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untuk perhatian semua ahli NIOPP, buletin/majalah bulanan NIOPP, N!OPPazine bulan Mac 2009 telah pun siap dan boleh dimuat-turun dengan mengklik pada gambar di bawah. Enjoy!

Tuesday, March 3, 2009

Agenda Presiden NIOPP I

Assalamulaikum dan salam sejahtera,



Tahniah diucapkan kepada yuzIN kerana berjaya meraih undian tertinggi dalam proses pilihanraya NIOPP untuk jawatan Presiden. Beliau juga adalah Presiden NIOPP yang sulung, oleh yang demikian adalah diharapkan agar beliau dapat menjadi contoh yang terbaik serta mencorakkan bakal presiden akan datang.

Berikut adalah agenda dan juga cadangan yang akan dilaksanakan oleh yuzIN dalam tempoh pemerintahan beliau:

1. Gathering
  • Untuk gathering NIOPP yang rasmi, tempat yang disarankan adalah tempat-tempat berair seperti air terjun, pantai dan sebaginya. Tiada lokasi khas ditetapkan buat masa ini.
  • Ahli-ahli disarankan agar membuat cadangan lokasi sesuai bagi aktiviti di atas.
  • Jika relevan, 2 bulan sebelum gathering akan diadakan, 1 poll akan dijalankan untuk memilih 1 lokasi di antara beberapa lokasi yang dicadangkan.
  • Semua ahli NIOPP diwajibkan menabung untuk gathering.
  • Tiap-tiap ahli dikehendaki membawa DVD berisi barang-barang koleksi istimewa mereka untuk diberikan kepada ahli NIOPP yang lain.
2. Buletin Digital Bulanan
  • Buletin NIOPP akan dipostkan tiap-tiap bulan di blog NIOPP.
  • Format pilihan adalah dalam bentuk PDF.
  • Tiap-tiap ahli akan menjaga 1 section dalam buletin seperti berikut:
  • yuzIN - MP3 dan MTV
  • Haz - Mubi dan Drama
  • Faiz - PB dan Eyecandy
  • Jijy - Tech, Gadget and Software
  • Dhud - Animation (Anime, Cartoon Network)
  • Ayus - Sukan
  • Shabs - Games
3. Merchandise
  • Sebagai permulaan, sticker adalah 1 idea yang menarik untuk ahli NIOPP.
  • Sebarang cadangan lain adalah dialu-alukan.

Wednesday, February 11, 2009

Mesyuarat Agung NIOPP I

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berikut adalah Minit Mesyuarat Agung NIOPP yang Pertama.

Ahli-ahli yang hadir:
  1. Ayus
  2. Jijy
  3. Haz
  4. Imad
  5. Shabs
  6. Fei Yi
Ahli yang tidak hadir:
  1. Yuzin
  2. Faiz

Perkara-perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat:

PERLANTIKAN PRESIDEN
  • Satu pilihanraya akan diadakan untuk melantik Presiden NIOPP.
  • Proses pemilihan adalah dengan menggunakan laman blog ini sebagai tempat pengundian.
  • Ahli-ahli berhak mengundi sebanyak mungkin dengan merujuk kepada konsep "Kawan Makan Kawan", dan ahli yang mendapat undi tertinggi selepas undian ditutup akan menjadi Presiden NIOPP.
  • Calon-calonnya tidak lain dan tidak bukan, ahli-ahli NIOPP sendiri iaitu Ayus, Dhud, Haz, Faiz, Jijy, Shabs dan Yuzin.
  • Calon yang dipilih menjadi Presiden akan mengekalkan jawatan tersebut selama 6 bulan.
  • Presiden wajib merancang 1 aktiviti Reunion dalam tempoh penggal pemerintahan.
  • Aktiviti Reunion tertakluk kepada kemampuan Presiden dan persetujuan semua ahli NIOPP.
  • Calon yang telah menjadi Presiden untuk penggal sebelumnya tidak akan menjadi Presiden untuk penggal yang akan datang sehinggalah lengkap 1 putaran perlantikan Presiden iaitu semua ahli NIOPP telah pun menjadi Presiden bagi penggal sebelumnya.
  • Dalam tempoh sebulan sebelum pemerintahan Presiden berakhir, pilihanraya baru akan diadakan bagi membolehkan Presiden baru dipilih.
AKTIVITI
  • Aktiviti wajib NIOPP adalah tertakluk kepada Presiden.
  • Aktiviti minor adalah berdasarkan kepada Alhi NIOPP secara individual.
  • Ketidakhadiran aktiviti Reunion NIOPP hendaklah dimaklumakan seminggu sebelum tarikh aktiviti, kecuali kes-kes kecemasan yang tidak dapat dielakkan.
  • Ini adalah untuk memudahkan perancangan semula aktiviti dan perbelanjaan keseluruhan aktiviti yang bakal diadakan nanti.
KEWANGAN
  • Pendapatan NIOPP adalah mengikut budi bicara Presiden dan persetujuan ahli NIOPP yang lain - sama ada berlaku pengutipan yuran atau tidak.
  • Fei Yi dilantik sebagai Bendahari NIOPP disebabkan semua ahli NIOPP tidak boleh dipercayai.
PILIHANRAYA PERTAMA
  • Pilihanraya telahpun bermula pada malam ini dan undian akan ditutup pada 28 Februari 2009, jam 11:59 malam.
  • Jawatan Presiden akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2009 jam 12:30 malam sehingga 31 Ogos 2009, jam 11:59 malam.
PILIHANRAYA KEDUA
  • Pilihanraya kedua bagi melantik Presiden NIOPP yang baru bagi penggal pemerintahan seterusnya akan diadakan pada 1 Ogos 2009, jam 12:00 malam dan akan ditutup pada 31 Ogos 2009, jam 11:59 malam.